Assalamualaikum,apa khabar?
sihatkah fizikal kita?
bagaimana pula dengan iman?
bertambahkah iman kita hari ini?
atau adakah apa-apa perkara yang telah berjaya kita laksanakan untuk menambahkan iman kita...
betul,kata orang iman boleh bertambah dan berkurang,tidak pula aku nafikan,malah aku mengaku,aku juga begitu..
tatkala balik dari mendengar ceramah-ceramah agama,saat itu aku akan menjadi sangat sedar...
sedar akan apa?...sedar akan kekhilafan diri selama ini,
betapa benyaknya dosa yang telah aku lakukan sepanjang umurku yang kini menganjak angka dua puluh,
ye,20 tahun,tetapi apa yang telah aku buat selama hidup aku itu?
pada zaman Rasulullah SAW,remaja seusia aku sudah ada yang pergi berperang,jihad ke jalan Allah...
tapi kita,...masih membiarkan diri diselubungi selimut kejahilan,
terlalu enak berada di situ,sehinggakan kita langsung tidak mahu keluar dari dunia tersebut,
sebagai pelajar pergigian tahun kedua di univeriti di Jordan ini,
kadang-kadang aku terfikir sejenak,mengapa Allah menetapkan untuk aku menuntut ilmu di tanah Allah ini...
mengapa tidak aku ditempatkan di Malaysia sahaja...
dalam aku mencari-cari jawapan kepada pertanyaan aku itu,
ucapan "Alhamdulillah" menutur di bibir...
terima kasih ya Allah kerana menempatkan aku di sini,
walaupun pada mulanya aku sangat tidak boleh menerima hakikat bahawa aku akan pergi belajar di timur tengah....
tetapi sekarang,aku berasa sangat bersyukur...
bersyukur kerana berpeluang untuk sedar akan kesilapan diriku selama ini,
di sini aku belajar untuk mengenali Islam dengan lebih dalam,
belajar untuk berusaha mendapatkan redha Allah dalam kehidupan ini,
belajar untuk mengejar cinta Allah yang hakiki dan bukannya cinta manusia yang belum tentu sesuci cinta Allah...
sekian untuk kali ini..
ingatlah Allah selalu ada bersama kita...:)
wassalam...
No comments:
Post a Comment