Sunday, April 3, 2011

tengok diri sendiri jugak

Assalamualaikum,


sekarang ni jom kita perhatikan orang di sekeliling kita,perhatikan satu-persatu,bukannya aku nak suruh korang jaga tepi kain orang,tapi tengok bagaimana keadaan umat Rasulullah ini sekarang,bagaimana?
dah perhatikankah?
dan jangan lupa pula,yang paling penting,pandang diri kita pula,
bagaimana keadaan diri kita sendiri?
sebelum sempat kita hendak mengata yang orang itu salah itu la salah ini la,tengok dulu diri kita,layak ke?
layak ke nak mengata orang lain,layak ke nak cari salah orang lain sedangkan salah itu juga ada pada diri kita sendiri,
apa yang sedang aku perkatakan sekarang ialah sikap orang pada zaman sekarang,
sangat suka mencari salah orang lain,mencari kekurangan pada diri orang lain
sangat sibuk mengata orang lain hinggakan diri sendiri yang ada cacat cela nampak sempurna,
itulah hakikatnya sekarang
aku mengakui diriku juga begitu,
jadi marilah kita sama-sama berubah,
kalau nampak kawan kita tu ada buat salah,kita boleh nak tegur dengan cara baik,
tapi....aku bagi satu keadaan la,contohnya
kalau diri pon ber'couple'(tapi nak katenye diri tu ber'couple' secara islamik?,haha,wujud ke)...layak ke diri tu nak menegur kawannye yang ber'couple' juga tapi kawannye itu nampak berlebihan sangat dalam bercouple...
bagi aku tak layak langsung diri itu nak menegur kawan tersebut
yelah,macam mak ketam nak ajar anaknya berjalan lurus,mana boleh
couple tu jalan ke arah zina,
benda yang memang ternyata salah kenapa masih hendak kita pertikaikan lagi?
melainkan diri itu meninggalkan dulu perbuatan yang salah tu kemudian menegur kawannya,aku rasa dengan cara ini mesti lagi mudah untuk kawannya menerima nasihat daripada diri itu...insyaAllah...
haa,tadi aku bukak fb,nmpak lagi gambar kawan-kawan aku yang pergi dinner,laki pompuan semua bergaya sakan aku nampak,
kadang-kadang sedih jugak tengok sebabnya aku tak rasa dinner macam tu patut diadakan,untuk apa?
boleh bagi aku sebab-sebabnya?
aku memang tak nampak function buat dinner macam tu...
tapi entahlah,lain orang kan lain pendapat...
ok lah,setakat ini dulu untuk kali ni,..


sekian,wassalam,jangan lupa kawan-kawan,Allah ada bersama kita selalu... :)

No comments:

Post a Comment